nuffnang

Saturday, March 12, 2011

Teknologi Pejabat Perniagaan

Teknologi Pejabat Perniagaan
Sinopsis
Matlamat mata pelajaran ini diperkenalkan adalah bagi melahirkan murid yang mahir mengurus sesebuah pejabat dan mampu mengendalikan pelbagai peralatan pejabat mengikut perkembangan teknologi semasa dengan cekap. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Objektif : 
  1. Menjelaskan definisi, jenis, peranan, fungsi dan keselamatan pejabat di dalam sesebuah organisasi
  2. Mengenal pasti peralatan pejabat yang sesuai dan berupaya mengendalikannya serta melakukan penyelengaraan yang mudah
  3. memberikan perkhidmatan layanan yang terbaik berdasarkan pelbagai gelagat pelanggan
  4. Mengaplikasi secara sistematik dalam pengenadalain mel serta mengenal pasti jenis-jenis perkhidmatan melterkini di pejabat pos.
  5. Menyediakan kertas cadangan (proposal), laporan, surat dan emmo megikut frmat yang diterima umum
  6. Mengenal pasti dan mengorganisasikan pelbagai jenis mesyuarat
  7. Mengenal pasti dan mengaplikasi sistem pengurusan rekod dan pemfailan secara sistematik
  8. Mengira urusan penggajian, diskaun, tokokan, turun harga, faedah atas pinjaman dan overdraf serta pengurusan inventori (LIFO & FIFO)
  9. Merekod urus niaga dalam buku tunai, buku tunai runcit, menyediakan penyata penyesuaian bank serta mengaplikasi perisian khas merekod urus niaga (bermula daripada pesanan, belian, jualan, penerimaan dan pembayaran)
  10. Menyusun atur peralatan dan menghias pejabat secara kreatif dan inovatif
  11. Mengamal budaya kerja yang positif melalui pembinaan imej kendiri, pengurusan masa yang berkesan dan mampu menangani 'stress' di pejabat
  12. Menegnal pasti ciri-ciri dan peranan uasahawan, agensi yang dapat membantu usahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan yang mudah berkaitan Kursus Pengurusan Teknologi Pejabat Perniagaan yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PEJABAT
Modul ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang jenis-jenis, peranan, fungsi dan keselamatan di pejabat.
MODUL 2 : AUTOMASI PEJABAT

Modul ini memberi pendedahan dan melengkapkan pengetahuan murid dalam mengenalpasti, mengendali serta melakukan penyelenggaraan mudah pelbagai peralatan pejabat.
MODUL 3 : PERKHIDMATAN PELANGGAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid memahami gelagat pelanggan, melayan pelanggan, berkomunikasi secara berkesan, memupuk sikap dan penampilan diri yang positif
MODUL 4 : PENGENDALIAN MEL
Modul ini memberi pendedahan kepada murid untuk mengendalikan prosedur mel masuk, mel keluar serta mengenalpasti pelbagai perkhidmatan mel terkini yang terdapat di pejabat pos
MODUL 5 : PENGHASILAN DOKUMEN PEJABAT
Modul ini membolehkan murid menyediakan pelbagai dokumen pejabat iaitu kertas cadangan, laporan, surat dan memo.
MODUL 6 : MESYUARAT
Modul ini memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai istilah-istilah, jenis, tujuan mesyuarat dan persediaan untuk bermesyuarat
MODUL 7 : PENGURUSAN REKOD DAN FAIL
Modul ini memberi pendedahan dan pengetahuan berhubung dengan kepentingan pengurusan rekod dan fail secara sistematik
MODUL 8 : MATEMATIK PERNIAGAAN
Modul ini membolehkan murid membuat pengiraan penggajian, diskaun, tokokan, turun harga dan faedah serta pengkhususan inventori. Murid juga diberi pendedahan secara amat amali berkaitan dengan aplikasi perisian khas.
MODUL 9 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Modul ini memberi pengetahuan kepada murid tentang kepentingan maklumat perakaunan dalam sesebuah organisasi dam kemahiran merekod urus niaga ke dalam Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit serta penyediaan Penyata Penyesuaian Bank. Murid juga diberi pendedahan secara amali berkaitan dengan aplikasi perisian khas.
MODUL 10 : RUPA BENTUK PEJABAT
Modul ini memberi pengetahuan dan kemahiran menyusun atur serta menghias sesebuah pejabat.
MODUL 11 : PEMBINAAN PROFESIONALISME
Modul ini berkaitan dengan pembentukan imej kendiri, pengurusan masa serta cara menangani ’stress’.
MODUL 12 : KEUSAHAWANAN
Modul ini memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan dengan keusahawanan, milikan perniagaan, pemasaran serta rancangan perniagaan.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Politeknik
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Komuniti


LALUAN KERJAYA 
  • Juruaudit / Penolong Juruaudit / Pembantu Juruaudit
  • Akauntan / Penolong Akauntan / Pembantu Akauntan
  • Pegawai Tadbir Kewangan , Penolong Pegawai Tadbir Kewangan
  • Pembantu Pengurusan
  • Pegawai Pemasaran / Pembantu Pemasaran
  • Usahawan



No comments:

Post a Comment

cakap saja:)

SAYA SAYANG AWAK SEMUA