kepada dia
aku bisikan cinta
tapi dibalas derita
kepada asmara yang bergelora
ku kuatkan kata hati
lantas mengundur diri
dilautan cinta yang luas ku cuba
kemudikan layer
tapi ditujah dengan ombak yang ganas
digunung yang tinggi
aku sudah mendaki
tapi terjatuh dalam jurang penuh benci
runtuh ombak kekuatan ku kerana
kegagalan hati untuk terus mempercayai dirimu
membenteng dan mempertahankan
hancur istana cintaku
kerana kecurangan yang kau tabur
janji setia palsu
aku benci melihat kedukaan
aku hampa melihat tangisan
dimana kekuatan untuk
aku jadikan azimat pegangan
kini diriku dan dirimu
hanya tinggal kenangan ..
kenangan yang akan aku abadikan
di dalam lubuk hatiku ..
tak mungkin sekali
aku mengulangi sejarah
yang pernah aku alami ..
abadikan kenangan kita
hanya sekadar ingatan
SELAMAT TINGGAL SAYANG !!!
CINTA
Lebih duka dari Bahagia
Lebih derita dari ketawa
Dan hanya satu
Aku pasrah pada takdirNya
meski aku hampa dalam
Pencariannya yang belum pasti
Hasil nukilan NURUL AFIFAH BT SUIB :)
No comments:
Post a Comment
cakap saja:)