Sayang terima kasih atas segalanya...
Sayang selama ini ku mecari kebahagiaan telah pun kau berikan dengan penuh kasih syg.
Sayang ku amat menyintai dirimu, tak mungkin bagiku untuk menemui seorang insan sebaikmu yg mampu menyayangiku sepenuh hatimu.
Sayang, ku bersyukur pada Allah S.W.T yang telah mengatur dan merancang jodoh pertemuan kita sehingga ke hari ini.
Amat bertuah sekali kerana Allah S.W.T telah menganugerahkan seorang suami dan akan menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab dan amanah yg diberikan oleh Allah S.W.T.
Sayang walaupun seminit ditinggalkan, ku tidak sanggup berjauhan dengan mu.
KERANA RINDU MENGHANYUTKAN KU BERSAMAMU
Ku berdoa agar cinta kita sentiasa mekar hingga ke akhir hayat oleh Allah S.W.T,
Ku berdoa agar kita dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T untuk diberi peluang membesarkan dan mendidik anak kita menjadi anak yang soleh serta solehah.
Ku berdoa agar segala amalan kita didunia diterima oleh Allah S.W.T di akhirat kelak .
InsyaAllah, Amin Ya Rabb...
auuww,sweet .moga kekal dek .
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa merahmati kalian berdua.
ReplyDelete